Assalammualaikum..
lama x update N3..x kesah lah kan..
Ekceli 1 November 2012 adalah tarikh yang saya tunggu2 (sewaktu ketika dahulu)..kalau nak ingat balik cerita lama sangat perit kawan2..tapi benda dah lepas kan so just nk cite kat blog ni je..
sebenarnya tarikh tersebut adalah tarikh di mana saya dan dia bakal bertemu..
ingatkn panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari..
1 perhubungan yang di bina penuh dengan kesabaran tanpa di sedari dengan sekelip mata je dah punah..
so what do u guess???
oh baby..it was kewl...haha (x nk tacing2 oke)
tarikh tu tanpa saya sedar makin tiba..ye hampir tiba
kalau lah kejadian "suddenly" tu x berlaku mesti kitaorang masing2 dah excited nak jumpa kan..
hurmmm what to do..Jodoh xde orang kata..
tapi x pe x bermakna jodoh saya berakhir kat situ je kan..(sob sob)
pada awalnya susah sangat nak terima..tapi alhamdulilah slow2 terima qada & qadar Allah..cewahhhhh kemain..
dalam tempoh quarantin tu sebenarnya banyak benda dah sya plan..siap bulatkan kat calendar office "take leave" on thursday..haha (kemain merenyam ko bybie :P)
x kesahlah kan, beselah bunga2 cintaaaa..layu di pusara....err...(misya omar jap)
Kad pun saya dah siapkan..sebenarnya dalam kad tu saya dah tulis 1 sajak dimana sajak dia request suruh saya buatkan khas tentang hubungan kami..:'( sob2..
then saya sempat baca kan sajak tu pada dia diiringi lagu instrumental yiruma uollssss...uwaaaaaaa (sudah tacing ni)
tapi itu semua tinggal kenangan...
*saya x sempat snap gambar sbb dah buang..maaf awak bila tengok kad tu saya jadi sedih..
ok, sempena Ulangtahun kelahiran dia yang bakal tiba, di Blog ni saya nak ucapkan Selamat ulangtahun kelahiran buat awak A***** bin Salleh, semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki, di berikan jodoh yang solehah, gembira di samping keluarga dan semoga apa yang awak hajatkan dalam hidup tercapai..May Allah blessed u n ur family Amin.. (Doaku sentiasa mengiringi langkahmu) :')
Tiada Hadiah yang mampu ku berikan hanya sebaris doa ku panjatkan buat kamu..(sobbbbbbbb :'( )
# Di antara bait2 sajak buat dia...
Sayang, saat ku melihatmu, ku lihat keindahan mu, keikhlasanmu, kesetiaanmu
juga kejujuranmu, kau simbahi aku dengan kasihmu, kau mekarkanku diriku dengan
cintamu kau rintikkan hatiku dengan rindu untukmu..Satu yang ingin selalu aku
ungkapkan, aku selalu mencintaimu setiap saat...setiap waktu...hari
ini...esok...akan datang mahupun sampai bila-bila biarpun hingga nafasku yang
terakhir akan ku jaga perasaan ini biarlah ia mekar hingga ke Syurga..ku harap
biarlah waktu ku menjadi waktu mu...mataku adalah matamu...hidupku adalah
hidupmu begitu juga sebaliknya...
Sayang, hanya dirimu yang mampu membuat diriku tenang tatkala aku gemuruh...hanya
dirimu yang mampu buat DIRIKU TERTAWA setiap kali kita bersua...tapi bila esok
kau tiada aku pasti merasa kehilangan walaupun seketika dan SEPI..ya sepi itu
sudah pasti akan menemani hari-hariku...Bila esok kau pergi jauh ingatlah aku
pastinya aku juga teringatkan mu, dan
bila kau merinduiku sebut nama ku aku juga merinduimu kerana hanya
dirimu yang mampu menjadi pelengkap hidupku di dunia dan di akhirat kelak
INSYALLAH..
Sayang, Terima kasih
kerana menjadi pendamping hidupku, menjadi teman hari-hariku, menjadi sahabat
baik ku, menjadi pendengar setiaku dan segala-galanya buat ku..aku tahu untuk
sampai ke tahap ini banyak yang telah kita harungi bersama...maafkanlah aku
sekiranya terlalu banyak kekurangan dalam diriku, ya setiap hamba Allah itu
tiada yang sempurna tapi dengan adanya kau hadir dalam hidupku, aku tahu kau
mampu menyempurnakan segala kekurangan ku..Jadilah kau pelengkap hidupku yang
telah di tetapkan di Luh Mahfuz ku...
Ok dah banjir ..bye! -_-

No comments:
Post a Comment