Assalammualaikum...
Oleh kerana banyak permintaan tentang Resepi Kek Batik ni (ceh mcm lah gempak kan) haha, so saya pun malas nak bagi sorang2 penat nak taip nyah..
ekceli cara nak buat tersangat2 lah senang macam kunyah ais je..hahaha
wokeyh2 bahan2 yang di perlukan iyalah:
- Biskut marie - di patah 4 (saya guna yang biasa sebab ada mcm2 jenis perasa coffee & etc)
- Butter 1 biji = 250gm
- Telur 2 biji (depends kadang2 sya x guna sebab nak makan ada bunyi krup2 ) tapi kali ni saya buat letak telur sebab nak rasa lemak2 sikit
- horlicks (x wajib)
- esen vanila (x wajib)
- coklat masakan (half of it)
- serbuk koko (depends kalau nk lebih rasa coklat buh lebeh )
- susu pekat manis
- kacang almond
*maaf ye, saya x guna sebarang measurement untuk buat kek ini saya men campak2 je..kalau rasa nak lebeh buat gandakan bahan2 di atas. contohnya nak rasa manis, lebihkan coklat or susu pekat, nak rasa coklat lebih, lebihkan coco or coklat masakan ..Simple as that kan? ^____^
So, jom kita berperang di dapur..muahahhahahahaha
- Cairkan butter dalam kuali..
- masukkan coklat masakan dan gaul bersama butter sehingga sebati..(pastikan api seminimum yang boleh)
- masukkan serbuk coco dan gaulkan, jangan biarkan bahan2 berketul..
- masukkan horlicks dan gaulkan hingga sebati..
- masukkan susu pekat & telur (jangan berhenti untuk mengaul ) sebab semua bahan tadi mestilah sebati sebelum biskut di masukkan. Nanti anda akan dapati coklat anda akan likat n itu bermakna it success :)
- kemudian, masukkan esen vanilla dalam 2,3 titik terpulang ..
- last sekali masukkan biskut marie yang dah di patah 4. pastikan biskut tidak di patah terlalu kecil sebab nanti bila kek dah dipotong, corak biskut tu x nampak. Gaulkan sehingga sebati sampai biskut2 tersebut di saluti oleh coklat tadi.
- matikan api, dan masukan ke dalam loyang. sebelum tu, griskan keliling dan di bawah loyang tersebut dengan butter bagi mengelakkan kek tadi melekat apa bila proses memotong.
- Tekan2 kan biskut tadi sehingga mampat. Pastikan mampat ye supaya apabila kek di potong nanti akan menghasilkan corak yang cantik.
Bahan2 untuk Topping :
- Butter (suku)
- Coklat masakan (suku)
- Susu pekat (depends nak manis @ x)
- serbuk coco (sedikit)
cara2:
- Cairkan butter & Coklat masakan..
- masukan koko dan gaulkan. Jangan biarkan berketul.
- Kemudian masukkan susu manis gaulkan. Kalau rasa2 pekat masukkan sedikit air.
- Tuangkan ke atas Kek Batik tadi dan ratakan..
- Taburkan Kacang Almond di atas nya.
Biarkan seketika dan masukkan ke dalam peti ais untuk di sejukkan..lagi lama lagi sedap :)
dan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
Siap untuk di makan...
Taraaaaaaaa ^_____^
Ini Kek Batik yang saya x letak Telur & x gunakan CoCo gantikan dengan Milo! |
Ini kek Batik yang saya letak Telur & lebihkan CoCo & coklat! |
So macam mana? Teliuq x? hehehe
Selamat Mencuba :)
P/s: Buat sendiri lagi berbaloi2 dari beli kat luar mahal giler. Siyes!
k bai! >.<