Wednesday, 11 July 2012

Wahai Jodohku..

Assalammualaikum..

Selamat pagi cinta :) cinta? motif? hati sedang berbunga2..haha 

Entry kali ni saya nak citer pasal jodoh wahh macam matang je kan padahal baru setahun jagung..
x kesah lah wa pun dalam hati ada taman what >.<
leleh jugak taw haha  

beselah bila dah hidup bujang ni teringat pulak memori daun pisang..eh silap memori2 lama T_T x sanggup uollsss nak menghadap semua ni..
tapi xpe dengan kesabaran yang tinggi aku yakin ALLAH tu pasti sedang menguji aku yang lemah ni..dia pasti menyediakan sesuatu yang manis buat aku Insyallah :) kan kan..
Bila Allah Redha, aku juga mesti Redha tak gitu? 
Apa2 pun aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dia Amin 

dah2 tamau ingat yg duka2 lara ok..
sekarang ingat yang manis2 je..jangan sampai kencing manis sudah kan..=))



Doaku sentiasa mengiringi langkahmu :)




ok kata2 cinta ni saya ambik dari 1 article kat FB yang saya selalu follow apa je ayat2 yang bermakna dia tulis..
sangat tacing sekajap (kejap je taw) sbb kata2 tu sangat2 menyentuh bila baca..
korang baca lah sendiri..







♥ ..Cinta BUKAN milik kita ~ Cinta milik ALLAH.. ♥ 


Setiap PERPISAHAN tidak sia-sia.



Tak perlu BERSEDIH lama. Cinta itu MILIK Allah. 

Hari ini DIA tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. 



Sebab, mungkin ESOK atau LUSA DIA campakkan rasa cinta yang LEBIH SEGAR dalam HATI si dia yang sepatutnya untuk kamu. 



Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. 

Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan TERPIJAK atau MEMIJAK onak dan duri.." 



JANGAN kau KUTIP lagi SERPIHAN KACA. 

Sabarlah hingga kau temukan PERMATA..



*Yang ni pula buat aku menangis :'( YA ALLAH...



Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..



Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi. Kadang-kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?



Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?



Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.



Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat -nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan selesai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.. Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. Jangan sampai kau tersalah jalan..

Jodohku..
nantikanlah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tutur kata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, dan seorang yang cekal. Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana DIA sentiasa ada untukmu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…





*CINTA tak akan selalu bersama jodoh tapi percayalah JODOH akan selalu bersama cinta *



Bismillahirahmanirahim...

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagik Maha Penyayang.
Ya Allah.
Jika memang dia jodohku, dekatkanlah kami
tapi jika dia bukan jodohku, aku mohon Tuhan.
Jodohkanla kami.
Jika dai tidak dijodohkan untukku.
aku mohon izinMu Tuhan.
Jodohkanlah kami.
disaat dia tidak memiliki jodoh.
aku mohon Tuhan.
Jodohkanlaa kami.
kerana.
Aku yakin Tuhan.
Engkau yg memegang segala takdir dan jodoh HambaMu.
takdirkanlah Tuhan.
untuk aku berjuang bersamanya.
kerana aku percaya Tuhan.
dia Adam yang baik dariMu untukku..
Ya Allah.
seandainya telah Engkau catatkan.
dia miliku.
tercipta utk diriku.
satukanlah hatinya dengan hatiku.

titipkanlah kebahagiaan antara kami.
agar kemesraan itu abadi.

No comments:

Post a Comment