Sunday 4 November 2012

Resepi Kek Batik..

Assalammualaikum...

Oleh kerana banyak permintaan tentang Resepi Kek Batik ni (ceh mcm lah gempak kan) haha, so saya pun malas nak bagi sorang2 penat nak taip nyah..
ekceli cara nak buat tersangat2 lah senang macam kunyah ais je..hahaha

wokeyh2 bahan2 yang di perlukan iyalah: 

  • Biskut marie - di patah 4 (saya guna yang biasa sebab ada mcm2 jenis perasa coffee & etc) 
  • Butter 1 biji = 250gm
  • Telur 2 biji (depends kadang2 sya x guna sebab nak makan ada bunyi krup2 ) tapi kali ni saya buat letak telur sebab nak rasa lemak2 sikit
  • horlicks (x wajib) 
  • esen vanila (x wajib)
  • coklat masakan (half of it)
  • serbuk koko (depends kalau nk lebih rasa coklat buh lebeh )
  • susu pekat manis
  • kacang almond
*maaf ye, saya x guna sebarang measurement untuk buat kek ini saya men campak2 je..kalau rasa nak lebeh buat gandakan bahan2 di atas. contohnya nak rasa manis, lebihkan coklat or susu pekat,  nak rasa coklat lebih, lebihkan coco or coklat masakan ..Simple as that kan? ^____^

So, jom kita berperang di dapur..muahahhahahahaha

  1. Cairkan butter dalam kuali..
  2. masukkan coklat masakan dan gaul bersama butter sehingga sebati..(pastikan api seminimum yang boleh)
  3. masukkan serbuk coco dan gaulkan, jangan biarkan bahan2 berketul..
  4. masukkan horlicks dan gaulkan hingga sebati..
  5. masukkan susu pekat & telur (jangan berhenti untuk mengaul ) sebab semua bahan tadi mestilah sebati sebelum biskut di masukkan. Nanti anda akan dapati coklat anda akan likat n itu bermakna it success :)
  6. kemudian, masukkan esen vanilla dalam 2,3 titik terpulang ..
  7. last sekali masukkan biskut marie yang dah di patah 4. pastikan biskut tidak di patah terlalu kecil sebab nanti bila kek dah dipotong, corak biskut tu x nampak. Gaulkan sehingga sebati sampai biskut2 tersebut di saluti oleh coklat tadi.
  8. matikan api, dan masukan ke dalam loyang. sebelum tu, griskan keliling dan di bawah loyang tersebut dengan butter bagi mengelakkan kek tadi melekat apa bila proses memotong.
  9. Tekan2 kan biskut tadi sehingga mampat. Pastikan mampat ye supaya apabila kek di potong nanti akan menghasilkan corak yang cantik.

Bahan2 untuk Topping :
  1. Butter (suku)
  2. Coklat masakan (suku)
  3. Susu pekat (depends nak manis @ x)
  4. serbuk coco (sedikit)

cara2:
  • Cairkan butter & Coklat masakan..
  • masukan koko dan gaulkan. Jangan biarkan berketul. 
  • Kemudian masukkan susu manis gaulkan. Kalau rasa2 pekat masukkan sedikit air.
  • Tuangkan ke atas Kek Batik tadi dan ratakan..
  • Taburkan Kacang Almond di atas nya.


Biarkan seketika dan masukkan ke dalam peti ais untuk di sejukkan..lagi lama lagi sedap :)








dan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

Siap untuk di makan...
Taraaaaaaaa ^_____^


Ini Kek Batik yang saya x letak Telur & x gunakan CoCo gantikan dengan Milo!




Ini kek Batik yang saya letak Telur & lebihkan CoCo & coklat!




So macam mana? Teliuq x? hehehe

Selamat Mencuba :)

P/s: Buat sendiri lagi berbaloi2 dari beli kat luar mahal giler. Siyes!

k bai! >.<




















Tuesday 30 October 2012

Selamat Hari Jadi buat dia..

Assalammualaikum..


lama x update N3..x kesah lah kan..
Ekceli 1 November 2012 adalah tarikh yang saya tunggu2 (sewaktu ketika dahulu)..kalau nak ingat balik cerita lama sangat perit kawan2..tapi benda dah lepas kan so just nk cite kat blog ni je..
sebenarnya tarikh tersebut adalah tarikh di mana saya dan dia bakal bertemu..
ingatkn panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari..
1 perhubungan yang di bina penuh dengan kesabaran  tanpa di sedari dengan sekelip mata je dah punah..
so what do u guess???
oh baby..it was kewl...haha (x nk tacing2 oke)


tarikh tu tanpa saya sedar makin tiba..ye hampir tiba
kalau lah kejadian "suddenly" tu x berlaku mesti kitaorang masing2 dah excited nak jumpa kan.. 
hurmmm what to do..Jodoh xde orang kata..
tapi x pe x bermakna  jodoh saya berakhir kat situ je kan..(sob sob)


pada awalnya susah sangat nak terima..tapi alhamdulilah slow2 terima qada & qadar Allah..cewahhhhh kemain..
dalam tempoh quarantin tu sebenarnya banyak benda dah sya plan..siap bulatkan kat calendar office "take leave" on thursday..haha (kemain merenyam ko bybie :P)
x kesahlah kan, beselah bunga2 cintaaaa..layu di pusara....err...(misya omar jap)


Kad pun saya dah siapkan..sebenarnya dalam kad tu saya dah tulis 1 sajak dimana sajak dia request suruh saya buatkan khas tentang hubungan kami..:'( sob2..
then saya sempat baca kan sajak tu pada dia diiringi lagu instrumental yiruma uollssss...uwaaaaaaa (sudah tacing ni)
tapi itu semua tinggal kenangan...



*saya x sempat snap gambar sbb dah buang..maaf awak bila tengok kad tu saya jadi sedih..


ok, sempena Ulangtahun kelahiran dia yang bakal tiba, di Blog ni saya nak ucapkan Selamat ulangtahun kelahiran buat awak A***** bin Salleh, semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki, di berikan jodoh yang solehah, gembira di samping keluarga dan semoga apa yang awak hajatkan dalam hidup tercapai..May Allah blessed u n ur family Amin.. (Doaku sentiasa mengiringi langkahmu) :')


Tiada Hadiah yang mampu ku berikan hanya sebaris doa ku panjatkan buat kamu..(sobbbbbbbb :'(   )





# Di antara bait2 sajak buat dia...

Sayang, saat ku melihatmu, ku lihat keindahan mu, keikhlasanmu, kesetiaanmu juga kejujuranmu, kau simbahi aku dengan kasihmu, kau mekarkanku diriku dengan cintamu kau rintikkan hatiku dengan rindu untukmu..Satu yang ingin selalu aku ungkapkan, aku selalu mencintaimu setiap saat...setiap waktu...hari ini...esok...akan datang mahupun sampai bila-bila biarpun hingga nafasku yang terakhir akan ku jaga perasaan ini biarlah ia mekar hingga ke Syurga..ku harap biarlah waktu ku menjadi waktu mu...mataku adalah matamu...hidupku adalah hidupmu begitu juga sebaliknya...

Sayang, hanya dirimu yang mampu membuat diriku tenang tatkala aku gemuruh...hanya dirimu yang mampu buat DIRIKU TERTAWA setiap kali kita bersua...tapi bila esok kau tiada aku pasti merasa kehilangan walaupun seketika dan SEPI..ya sepi itu sudah pasti akan menemani hari-hariku...Bila esok kau pergi jauh ingatlah aku pastinya aku juga teringatkan mu, dan  bila kau merinduiku sebut nama ku aku juga merinduimu kerana hanya dirimu yang mampu menjadi pelengkap hidupku di dunia dan di akhirat kelak INSYALLAH..

Sayang, Terima kasih kerana menjadi pendamping hidupku, menjadi teman hari-hariku, menjadi sahabat baik ku, menjadi pendengar setiaku dan segala-galanya buat ku..aku tahu untuk sampai ke tahap ini banyak yang telah kita harungi bersama...maafkanlah aku sekiranya terlalu banyak kekurangan dalam diriku, ya setiap hamba Allah itu tiada yang sempurna tapi dengan adanya kau hadir dalam hidupku, aku tahu kau mampu menyempurnakan segala kekurangan ku..Jadilah kau pelengkap hidupku yang telah di tetapkan di Luh Mahfuz ku...




Ok dah banjir ..bye! -_-

Wednesday 3 October 2012

Cuti saya ...


salam korang..

sori baru nak update N3 ni..hehe 
nak citer pasal cuti sya lepas raya hari tu ..kata orang lepas nafsu (errr lain mcm punya bunyik) haha
nafsu apa? nafsu serakah ke? hauahaua..xdelah melepaskan nafsu anak tekak yg x reti dok kenyang..ada jer yg teringin nak makan kalah2 orang pegnen..aihh..

ok lepas raya hari tu kat rumah kk ada buat majlis rumah terbuka untuk kwn2 abng terutamanya..ekceli nk buat ala kadar je..skali jemputan yg datang..tudiaaaa mcm sekampung x putus2..ni sume gara2 abang..ye mmg gara2 dia..sebab? syaa kena jadi bibik2 yg vogue d dapur masak duapuluhratussebelas kali..-____- sabor je lah..habis mekap smokey eyes luntur ok..hahahah
apa taknya sekali datang berduyun2..smpai haku sendiri x sempat nk mkn apa yg aku masak..uwaaaaaa :'(
tp mmg best lah sbb msakan semuanya fresh2..ala2 order ala-carte kat kedai..mmg sedap campur peluh2 masin sikit (jimat garam) hahahhaha..errrkkk
ok hiraukan!!!


Cake marble :)


cake ni sgt sedap sebab dia basah2 


cake batik saya yang mendapat sambutan 




erm sorrylah x sempat tangkap gambar bnyak2 sbb mmg bizi gler kat dapur..sian sya kena buli kat sabah :( uhuk2..abang ckp kalau x reti masak buat apa ambik kos masak..jahatkan dia...:(

tapi xper sebab aku syg ko bang sila carikan aku jodoh..hahahahhaha







malam tu sempat lagi dok main mercun yg mcm bom tu..mmg melatah berjemaah kat umah tu..hahahah besssttttt...sambil2 tgok view mercun sambil2 plak buat barbeque..bessst (bape bnyk best nk taip?) hahahahaha


ni adik bawah saya tgok perot dia seksi kan? hahahahhah



Then keesokan harinya, ajak mak pegi makan soto Bakso paling sedap di dunia ya!!! di dunia..tiap kali balik sabah mesti makan kat kedai ni..kalau x makan mcm ada je x kena ..hahaha betol u should try mesti korang ketagih mcm aku..ahhah




taw x, mat salleh ni makan 2 mangkuk..!


lihatlah bakso nya tu....lelehhhhhhhh



nil lah kedai dia..KEDAI KOPI SOFA

ini dah nak habis baru ambik gambar...hahahahah



Betapa sedapnya korangggggggg ..korang bayangkan...bayangkan taw...(di dalam 1 mangkuk yg besar, terdapat bertimbun2 bakso yang segar dan dipenuhi dengan sup yang sangat lazat, panas , mendidih, meluap2 baunya di tambah pula dengan rempah serbuk lada putih, PERAHAN LIMAU KASTURI dan lada yang di blend sungguh fresh..) kecur siottttt air liur dok menaip nih.....dah lah aku malas nk citer korang kena dok n rasa sendiri..sumpah x tipu..tiap kali datang kedai ni aku akan order sup campur bakso + nasi kosong tu pun aku rasa heaven gilerrrrrrrrr...
kedai ni terletak kat segama kk..try lah *high recomended..

then lepas dari tu terus singgah pegi rumah pakcik kat area mana ntah nama pelik2..sampai kat rumah tu mmg view tersangat cantik giler babi ..(err over plak)
ok lah cantik sesangattttt..

pandangan dari balkoni..


sempat lagikkk

kuat anginnnn best kalo tido

saya ajor budak ni posing2..ahha




pastu seblum balik tu jumpa pakcik kejap ..dah nak balik kl kan..dia lah pakcik tempat aku bermanja..sangat rapat ngn dia..sportinggg kalau nak citer pasal bopren2 dia ok..hahaha




ok lah penat dah..

bye!

>.<










Thursday 27 September 2012

Selamat Hari Raya...

Assalammualaikum..

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh (besarnya nganga )
banyaknya spider man..^___^
hehe alaa taw lah lama x update blog..bailk2 salah saya oke..
hye korang2..walaupun cerita ini agak 'bangas' ye kata orang sabah, tapi "ramai" yang tanya saya pasal N3 raya saya..terutamanya c watie ^___^ (dia bilang mau tinguk embun2) huahauhauahaua...
sebenarnya sgt malas nak menaip oleh kerana takde mud..tapi di gagahkan juge ye utk korang2 sume..

ok raya tahun ni agak biasa2 saja walaupun baju raya saya rasa tahun ni agak gempak sedikit dek kerana dapat bonus...kekekekeke x habis pakai pon sbb x taw lah balik raya pun dah raya pertama..sbb tu kot..tp entahlah..hehe

Raya pertama tu sampai sabah je mak jemput kat airport then siap2 sume bertolak balik kampung kat sipitang dgn akak skali dalam pkul 3 mcm tu..sampai kampung lebih kurang pkul 5..
sampai2 tengok rumah atok penuh dah dgn sedara mara then hari yg sama terus pegi rumah berhari raya dengan lajunya haha mmg round habis lah hari tu..

pastu raya ke 2 dan seterusnya agak hambar sedikit..banyak masa dok rumah je..x taw lah mcm tahun ni agak kurennnnggg sikit..just raya ke 3 tu pakcik ajak kitaorang pegi beraya kat rumah kwn2 die..hehe pakcik sya ni imam..tapi imam rock..haha kepala gila2 je layan anak buah dia..








muke basi dah budak nih..hehe


 ni sume gambar2 masa first Raya..
dapat tangkap gambar sikit je sebab sume dah letih..








gambar Raya ke 2

















ni semua gambar Raya ke 3..
dan raya ke 4 xde bergambar sebab dok umah diam2..
mak pulak sebok tolong makcik2 nk buat preparation untuk majlis pertunangan my angkol boy kat keningau,,..


raya ke 5 tu bangun awal dengan lajunya sebab toilet 1 je..so nak x nk kena share2 ler haha..
pkul 8 tu dah siap2 nak bertolak dari sipitang ..rasa best je bila konvoi kete mcm tu..adalah lebih kurang 10 biji kete...itu baru family yg dekat2 ye..belum sume lagi..syukur sgt dikurniakan family yg besar..^____^
perjalanan ke sana mengambil masa selama lebih kurang 5-6 jam..yoooooooo kebas bontot uollss..tapi kitaorang sempat lagi singgah kat pekan tenom..hehe alah yg popular KOPI TENOM tu..kat sini lah tempatnya..ngeeeeeeee

*maaf ler x ambik pn gambar tenom..hehe

jalan nak ke rumah pihak perempuan agak jauh ke dalam sampai dalam hati " bila nak sampai ni"  T___T
jalan dah lah grabel sbb baru nak naik taraf,,,tawakal je lah sape yang ada buasir tu kan..hahaaa..
sampai kat majlis tu lebih kurang nk ke pkul 2..memang jauh tersangat2..lapar, nk tido semua ada..














ngan nenek :)


selesai je majlis kami pun gerak untuk balik..tapi kami balik menghala ke kk the rest ada yang balik ikut jalan dari tenom sebab dari sipitang anda juga boleh sampai ke keningau melaui tenom..haaaa fleksible kan? heheheheh
so balik menghala ke kk hanya 4 buah kereta sbb kitaorang nk rasa ikut jalan yang sanad2 tinggi.,,
orang dok sllu citer tinggi sgt bukit tu nak lalu..mcm nak ase je kan..ehheh skali dah rase mmg x nk dah..cuakkkk dowh..T___T habis mengucap dah tu ngn mak dalam kete..tp sempat lagi ambik video..hehehe kenangan lah katakan..




dalam perjalan nak balik ke kk tu kami singgah ke 1 tempat di batu 16..x ingat apa nama tempat tu..tapi ada gambar ler..



ha ni lah dia..ehhe
besttttt mcm ala2 genting..masa mula2 turun dari kereta tu agak kagum lah juga..sangat2 cantik view nya..tapi gambar x jelas sgt sebab kabus tebal + hujan renyai2..



muka orang excited...




EXCITED X TERPERI!!!

hahahhaha mesti korang gelak kan mcm org asli je baru kuar hutan..ahha

then kitaornag singgah makan2 dulu..posing2 dlu ambik gambar..
nasiblah 1 family saya ni sangat2 sporting..'KAKI GAMBAR'..
ye kaki gambar pantang nampak camera sume x hengat anak kalau nk berposing..hahah
















Syukur saya dikurniakan family yang bahagia :)



seram kan...T_____T

..

k lah..penat taip..

bye >,<